Our Story

About us

LATAR BELAKANG FLY HIGH CENTRE

Fly High merupakan sebuah pusat tuisyen yang diasaskan pada tahun 2019. Namun demikian, apabila pandemik Covid-19 melanda pada tahun 2020, Fly High telah menukar strategi perniagaannya kepada sistem pembelajaran dalam talian. Strategi sistem pembelajaran dalam talian ini sangat memberangsangkan dan mendapat sambutan yang amat menggalakan daripada ibu bapa yang inginkan satu sistem pembelajaran alternatif yang lebih selamat setelah Covid-19 menghalang kepada sistem pembelajaran bersemuka.

Melihat kepada sambutan ibu bapa yang amat menggalakan ini, ianya telah mendorong pihak syarikat untuk memperbaiki sistem pembelajaran yang sedia ada dengan membangunkan satu platform dan aplikasi pembelajaran dalam talian yang lebih sempurna.

Apa yang nyatanya, platform ini sangat bermanfaat untuk semua pihak khususnya ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang belajar. Dengan dua saluran utama yang akan berfungsi untuk menyediakan perkhidmatan pembelajaran dalam talian ini, iaitu Laman Web dan Telefon Pintar, ianya akan memberikan pilihan kepada pengguna yang Rigid dan pengguna yang Mobile.

Our Vision

Visi Fly High adalah memberi Pendidikan yang terbaik kepada semua orang tidak kira peringkat umur.

Our Mission

Misi Fly High ingin memberi panduan yang sewajarnya supaya semua dapat meningkatkan nilai dalah setiap aspek kehidupan.